Feb 5, 2005

[D] [A] ['] [W] [A] [H]

Serulah (manusia) ke jalan (agama) TuhanMu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk
(al Nahl : 125)


Usaha memanggil pada kebaikan adalah satu tanggungjawab yang seharusnya digalas oleh semua pihak. Tidak hanya bertumpu pada apa yang dipanggil agama, skop kebaikan di sini bermaksud tentang apa-apa yang boleh memeriahkan kondisi hidup dengan cara selamat dan memberi faedah pada semua.

Kebanyakan kita sering menamai panggilan kebaikan ini sbg usaha berda’wah. Ya, bila temanya dijumudkan pada tema da’wah maka kita cenderung utk menarik diri dari berjuang sama. Takut pula sebab diri tak layak nak sampaikan da’wah. Ehh! Usahla begitu.

Setiap usaha da’wah itulah memanggil pada kebaikan, setiap org pun mampu lakukan :) Apa saja perbuatan yang bertujuan utk mengelak kejahatan dari tersebar luas, itulah namanya da’wah. Pinta abang kita berhenti merokok, suruh ahli keluarga kita menunaikan solat dengan segera, mengajak sahabat-sahabat kita menghabiskan masa di gedung ilmu dan sebagainya; itu semua adalah sebahagian dari perkara kebaikan yag setiap orang mampu lakukan.

Tertarik dengan apa yang Profesor Abdullah Hassan katakan dalam buku penulisan beliau yakni “Komunikasi utk Penda’wah” bahawa setiap kita tidaklah perlu menunggu utk mempunyai ilmu yang cukup baru hendak memulakan da’wah. Namunnya, sampaikan saja apa yang tiada batil dan ragunya itu pada mereka yang lain.

Sebenarnya, tidak salah jika ingin menyampaikan apa saja yang ada dibenak, kerna jika terdapat sebarang kesilapan atau tambahan, maklumat tadi mungkin boleh diperbetul dan secara tidak langsung, ia telah pun disebarluas. Akan tetapi yang sebaiknya biarlah maklumat tadi dikaji jelas sebelum disampaikan. Jika ada soalan, bolehlah kita menjawab yakin dan pendengar akan mudah untk menerima tanpa ragu.

Ada banyak sebenarnya cara berda’wah. Majornya lebih berpihak pada kata-kata dan selainnya mungkin seperti bahan penulisan. Ya, etika penyampaian da’wah atau maklumat ini sebenarnya perlulah digariskan dengan beberapa syarat. Maksudnya ia tidak boleh semberono disampaikan.

Pertamanya adalah dengan mengenal pasti siapa pendengar kita. Kemudian barulah boleh dipastikan laras bahasa dan cara penyampaian yang tidak membeban. Bila kenal dengan pendengar, ini akan mengecilkan jarak antara pemberi dan penerima. Apa yang penting ialah penyampaian ilmu tadi dan alangkah baiknya jika dapat berkongsi sedikit maklumat dan bahan yang mungkin suatu hari dapat digunapakai dengan baik ke arah pembentukan diri yang lebih cemerlang.

Tuntasnya, setiap kita adalah penda’wah dan kita perlu yakin dengan apa yang hendak disampaikan. Isinya tak perlu terlalu berat, malah cara santai lebih senang diadaptasi di minda. Tugas pertama penda’wah semestinya dengan memenuhi dada dengan ilmu dan maklumat. Keyakinan itu datang bila mana kita yakin dengan persediaan dan apa yang ingin disampaikan. Jadi, jika ada sebarang refutasi, kita takkan gentar utk menghadapi.

Jangan jadi bagai tong kosong. Tong kosong itu hanya sebuah tong yang tak punya apa-apa. Jika tong itu dipukul, akan bergema bunyi kuat yang tak punya sebarang maksud. Tong kosong tu bergema sebab takde pape pun kat dalamnya, persis insan yg berkata tanpa ilmu,sekadar nak berdebat mungkin (asalkan menang)Jadi apa yg dikata tu, banyaknya berlandas nafsu amarah.

Begitu juga dengan kita semua, persiap diri utk sentiasa menambah ilmu agar usaha da’wah akan berjaya. Sampaikan apa yang kita tahu dengan hikmah. Biar seseorang itu berfikir dan dlm waktu yang sama dia tidak terus hilang dengan idea asalnya. Cara terhormat ini memerlukan minda da’wah yang kreatif sedikit, mungkin dengan cara memasukkan analogi sesuatu cerita yang berkisar kehidupan seharian. Metod ini nampak cantik kerna ianya agak mudah untuk difahami malah segalanya berkait rapat dengan dunia keliling.

Untung sungguh insan yang punya ilmu dan ramah dengan milikan itu kerna dia bukan saja menyampaikan sesuatu yang baik tapi juga dalam kondisi cuba mempengaruhi setiap tingkah ke arah kebaikan. Ini mungkin cara yang bijak utk melaksana tugas sebagai hamba Tuhan. Inilah antara amanah yang patut dijalankan, menyampaikan ilmu Allah. Ikutlah kemampuan masing-masing dan cara sendiri. Lunaskan tanggungjawab dengan rasa jujur dan letakkan semangat utk berkongsi kebaikan dengan semua.

Moganya, kita akan sentiasa dalam keberkatan al Khaliq. Moganya amalan inilah yang akan dibawa sebagai menanti pembalasan dari Allah kelak. Dan moganya setiap ilmu dan maklumat baik yang disampaikan itu akan membawa makna, malah berguna kepada sahabat yang lain. InsyaAllah, moga segala usaha akan dipermudahkan. Sama berjuang menyampaikan kebaikan. Salam sayang..




No comments: